Jan 26, 2011

Nukilan (i)

Tersedar dari tidur jam 5 pagi membuatkan aku tak tahu nak buat apa. Yeah, aku akui aku bukanlah orang yang kuat agama, boleh layan Qiamullail. Sedangkan Subuh pon selalu sangar terlepas, Subuh Gajah dan lain-lain, inikan pulak Qiamullail.

Sedar dari tidur, aku juga disedarkan tentang sejauh mana kekuatan sebuah persahabatan. Aku tak tahu macam mana nak terangkan tapi, jauh dari sudut hati aku, aku dapat rasa yang sahabat yang betul-betul sahabat dengan aku tak ramai. Satu. Dua. No. Aku rasa kosong.

Gambar diambil dari Google


Tak perlu ada ramai kawan, tapi sahabatnya kosong. Yeah, aku ada ramai kawan, merantau ke merata tempat membuatkan kawan kau makin bertambah. Tapi sahabat? 

Aku teringat suatu ketika aku pernah mengajak kawan aku datang ke tempat aku, dan bermacam-macam alasan diberikan oleh dia. Ok, aku paham, dia busy dengan kerja dia. Mungkin next time akan ada masa dia datang, malah aku tak paksa. Tapi keesokkan harinya, aku terkejut sebab dia sanggup pergi tempat lagi jauh berbanding datang ke tempat aku, sekadar suka-suka.

Aku juga teringat satu kes dimana kawan aku menukar hari jadi nya di dalam facebook untuk melihat berapa ramai kawan sejati dan kawan facebook. Yeah, ramai kantoi dengannya. Wish happy bday, sedangkan hari jadinya jatuh pada hari lain. 


Gambar dari Google

Hal ini sekali lagi membuatkan aku terfikir, ramai kah sahabat aku?

Satu

Dua

Atau Kosong?

Jan 23, 2011

Pengendali Blog Perlu Bayar Cukai [?]

Aku terbaca satu statement yang dikeluarkan oleh fan page Paeh.net di Facebook. Yeah, bukan statement yang 100% dikeluarkan oleh dia, tapi dikeluarkan oleh Fan Page Jabatan Penerangan Malaysia di Facebook


Ok, gambar tu macam dah terlebih-lebih dari kotak. Saje aku buat, taknak menyusahkan korang bukak new tab nak baca apa yang ditulis.

So, pendapatan korang pakai Nuffnang, Google Adsense, ChupChup, iklan dari website lain? Total sebulan? 

Ehem!

Oh ye, aku ada juga terbaca artikel tentang halal-haram memblogging ini di paanjr.com. Nak tahu lebih lanjut silalah baca tentang artikel tersebut di sini. Banyak yang boleh buatkan korang tertanya-tanya tentang halal-haram memblogging ini. 


Jan 21, 2011

Klasik (i)

Aku tak tahu lah kalau family aku menipu aku or tak kan. Yelah, waktu kecik kecik dahulu aku mana ingat semua benda. Yang aku ingat aku belajar naik basikal dari kakak aku dengan 2 roda sahaja. Hey, umur 5 tahun dah pandai bawa basikal dengan hanya 2 roda, kira advance la kan. Budak zaman sekarang, umur 5 tahun main CS/Dota, Fb dan blogging. No wonder la naik basikal pon tak reti.

Yang pasti, family aku pernah cakap yang waktu kecik aku pernah melamar seorang budak untuk menjadi isteri aku. Kalau korang, mesti takkan percaya punyalah. Takkan waktu umur 5 tahun aku dah pandai propose perempuan untuk menjadi isteri aku. Demn.!

Diwaktu petang di hadapan blok kediaman untuk pekerja kerajaan, kanak-kanak riang sedang bermain main. Berbasikal, rondas dan tak lupa juga masak-masak bagi kanak-kanak riang, itulah rutin harian mereka. Menanti petang menjelma.

Dan aku waktu itu, diceritakan oleh mak aku, sedang bermain basikal. Tiba-tiba ternampak seorang perempuan, yang merupakan jiran aku. Yeah, dahulu waktu kecil, aku dikatakan rapat dengan dia, bermain basikal bersama-sama, masak-masak, kahwin kahwin. Well, budak-budak.

Sumber dari Google

 Ternampak budak perempuan itu, yang diberi nama I (Bukan nama sebenar), aku dikatakan meluru ke arahnya, oleh mak aku. Lalu dengan muka tanpa makeup yang tebal disebabkan umur yang terlalu muda, aku dikatakan oleh mak aku

" I, taw taw nak tawen dengan aku tak? "

Yeah, slang budak-budak. itulah yang dikatakan oleh mak aku. Masalahnya, bukan mak aku sorang yang berkata sedemikian. Bapak aku pon sama. Aku rasa ada konspirasi disitu hanya untuk memalukan aku. Dan balasan dari gadis I yang aku terima? Tidak pula di perkatakan.

Sumber dari Google


Impossible untuk aku bertanya balasan gadis tersebut. Yelah, kalau aku tanya jawapan Gadis I tadi, nampak sangat yang aku ni beriya-iya nak sangat dengan gadis I tersebut. Tapi aku dapat rasakan yang ianya semua dusta. Oh, aku harap kan ianya begitu!

Dan selepas hampir 13 tahun terpisah kerana pekerjaan Ayahandaku, aku dipertemukan semula dengan I. Yeah, siapa kata Facebook membawa keburukan? Korang yang suka stalk orang memanglah, tapi disitulah aku bertemu kembali. 

Bila teringat akan kisah yang aku rasa penuh konspirasi itu, aku jadi malu nak bertegur sapa dengannya dalam facebook. Yeah, itu semua dusta. Konspirasi jahat yang nak memalukan aku hingga akhir hayat. Dan aku harapkan ianya begitu!

My First Picture

:)
Secara jujur, aku curik beberapa picture dari google, edit using CS5 dan terhasillah profile picture untuk fake identiti ini. Ehem! Tak berapa lawa kan? Lantak lah

Jan 20, 2011

New New

Susah betul kan nak create email baru? Aku cuba try gunakan Yahoo, sebab nanti bolehlah berym-ym dengan yang tersayang gunakan fake id ni, tapi id Stalker00 dah kena curi. So, nak tak nak aku kena lah gunakan lain kan. And for the last, Gmail menjadi pujaan hati.

Ku sangkakan nak create akaun Gmail senang lah kan, tapi susah gila ouh. Tak pasal-pasal no tel aku jadi mangsa semata-mata nak verified email yang baru aku buat. Seingat aku dulu, waktu aku create akaun Gmail tak adalah nak sampai no tel. Haihhh


Sumber dari google
And now, this is my new blog. Secara jujur, aku gunakan fake identity. Yelah, dulu aku komen kat blog orang dengan gunakan nama Stalker00 dan website : www.google.com. Tapi aku rasa baik aku buat blog baru, dengan nama yang sama.

Aku ada blog lain, real identity tapi aku rasa baik aku tak tunjukkan diri aku. Bukan apa, aku ni dah la pemalu. Tapi aku pelik, bila aku cakap aku pemalu, ramai yang tak percaya. Seperti mahu diberi kaki sahaja, aku redha. Yelah, siapa yang nak percaya aku kan. Buat blog pon guna fake identity. Demn!

Oh, nie entry pertama. Salam ukhwah semua :)