Jan 21, 2011

Klasik (i)

Aku tak tahu lah kalau family aku menipu aku or tak kan. Yelah, waktu kecik kecik dahulu aku mana ingat semua benda. Yang aku ingat aku belajar naik basikal dari kakak aku dengan 2 roda sahaja. Hey, umur 5 tahun dah pandai bawa basikal dengan hanya 2 roda, kira advance la kan. Budak zaman sekarang, umur 5 tahun main CS/Dota, Fb dan blogging. No wonder la naik basikal pon tak reti.

Yang pasti, family aku pernah cakap yang waktu kecik aku pernah melamar seorang budak untuk menjadi isteri aku. Kalau korang, mesti takkan percaya punyalah. Takkan waktu umur 5 tahun aku dah pandai propose perempuan untuk menjadi isteri aku. Demn.!

Diwaktu petang di hadapan blok kediaman untuk pekerja kerajaan, kanak-kanak riang sedang bermain main. Berbasikal, rondas dan tak lupa juga masak-masak bagi kanak-kanak riang, itulah rutin harian mereka. Menanti petang menjelma.

Dan aku waktu itu, diceritakan oleh mak aku, sedang bermain basikal. Tiba-tiba ternampak seorang perempuan, yang merupakan jiran aku. Yeah, dahulu waktu kecil, aku dikatakan rapat dengan dia, bermain basikal bersama-sama, masak-masak, kahwin kahwin. Well, budak-budak.

Sumber dari Google

 Ternampak budak perempuan itu, yang diberi nama I (Bukan nama sebenar), aku dikatakan meluru ke arahnya, oleh mak aku. Lalu dengan muka tanpa makeup yang tebal disebabkan umur yang terlalu muda, aku dikatakan oleh mak aku

" I, taw taw nak tawen dengan aku tak? "

Yeah, slang budak-budak. itulah yang dikatakan oleh mak aku. Masalahnya, bukan mak aku sorang yang berkata sedemikian. Bapak aku pon sama. Aku rasa ada konspirasi disitu hanya untuk memalukan aku. Dan balasan dari gadis I yang aku terima? Tidak pula di perkatakan.

Sumber dari Google


Impossible untuk aku bertanya balasan gadis tersebut. Yelah, kalau aku tanya jawapan Gadis I tadi, nampak sangat yang aku ni beriya-iya nak sangat dengan gadis I tersebut. Tapi aku dapat rasakan yang ianya semua dusta. Oh, aku harap kan ianya begitu!

Dan selepas hampir 13 tahun terpisah kerana pekerjaan Ayahandaku, aku dipertemukan semula dengan I. Yeah, siapa kata Facebook membawa keburukan? Korang yang suka stalk orang memanglah, tapi disitulah aku bertemu kembali. 

Bila teringat akan kisah yang aku rasa penuh konspirasi itu, aku jadi malu nak bertegur sapa dengannya dalam facebook. Yeah, itu semua dusta. Konspirasi jahat yang nak memalukan aku hingga akhir hayat. Dan aku harapkan ianya begitu!

No comments: