Jan 26, 2011

Nukilan (i)

Tersedar dari tidur jam 5 pagi membuatkan aku tak tahu nak buat apa. Yeah, aku akui aku bukanlah orang yang kuat agama, boleh layan Qiamullail. Sedangkan Subuh pon selalu sangar terlepas, Subuh Gajah dan lain-lain, inikan pulak Qiamullail.

Sedar dari tidur, aku juga disedarkan tentang sejauh mana kekuatan sebuah persahabatan. Aku tak tahu macam mana nak terangkan tapi, jauh dari sudut hati aku, aku dapat rasa yang sahabat yang betul-betul sahabat dengan aku tak ramai. Satu. Dua. No. Aku rasa kosong.

Gambar diambil dari Google


Tak perlu ada ramai kawan, tapi sahabatnya kosong. Yeah, aku ada ramai kawan, merantau ke merata tempat membuatkan kawan kau makin bertambah. Tapi sahabat? 

Aku teringat suatu ketika aku pernah mengajak kawan aku datang ke tempat aku, dan bermacam-macam alasan diberikan oleh dia. Ok, aku paham, dia busy dengan kerja dia. Mungkin next time akan ada masa dia datang, malah aku tak paksa. Tapi keesokkan harinya, aku terkejut sebab dia sanggup pergi tempat lagi jauh berbanding datang ke tempat aku, sekadar suka-suka.

Aku juga teringat satu kes dimana kawan aku menukar hari jadi nya di dalam facebook untuk melihat berapa ramai kawan sejati dan kawan facebook. Yeah, ramai kantoi dengannya. Wish happy bday, sedangkan hari jadinya jatuh pada hari lain. 


Gambar dari Google

Hal ini sekali lagi membuatkan aku terfikir, ramai kah sahabat aku?

Satu

Dua

Atau Kosong?

1 comment:

Sca Ndx said...

serius doe sahabat susah nak cari.
yang lepas kita habis belaja masih kontek lagi. susah.

ada pun sorang dua.